Sweet Home

Sweet Home

Tuesday, January 4, 2011

Langkawi Part 1

          New year orang sebuk nak sambut dekat Kuala Lumpur, dan orang sebuk nak tengok bunga api. Tapi aku kali nie sbuk nak pegi langkawi. Hehehe.. Aku ke Langkawi bersama-sama teman MPP. Bagiku mereka semua adalah adik beradik aku. Aku cube wat yang terbaik untuk mereka semua. Mereka adalah sumber inspirasi ku selain keluarga sebenar yang selalu memberi dorongan dan galakkan. Aku suka suntik kan kasih sayang dalam MPP. Cara ini aku rasa lebih senang untuk satu pasukan berkerja.

        Genap 31 disember 2010, tarikh ini adalah tarikh terakhir untuk adik-beradikku berkhidmat. Jadi sempena habis jawatan ini aku dan yang lain-lain cadangkan untuk bercuti di langkawi. Kami sambut new year di stesen bus Bukit Jalil.


         Kitorg gerak dari Bukit Jalil pkul 1 pagi dan sampai di pekan Kuala Perlis pkul 7 pagi. Kat sini kitorg santap nasi lemak yang wawa buat dulu. Komen pada nasi lemak yang Wawa buat bolehla daripada xde. Hehehe.


         Tepat jam 9 pagi kami gerak dan sampai di jeti kuala perlis pada pukul 10 pagi.




     Sampai jew di jeti kami terus dapatkan kerta sewa. Kami masuk ke dalam cek-in di dalam hotel istana pada pkul 2 ptg. Selepas jew habis membersihkan diri kami terus ke tempat kereta kabel.






       Memang cantik dunia ciptaan tuhan ini. Hanya orang yang sentiasa mengigatkan tuhan akan memahami dan mengerti keindahan ciptaaNYA. Bagiku lawatan ke Langkawi kali ini sangat bermakna dalam hidupku. Aku merayakan tahun baru dengan MEREKA. Tanpa mereka aku tidak dapat rasa keseronokkan ini. Bagiku mereka sebahagian dari keluarga ku. Kami sama-sama rasa susah senang dan yang paling penting kami merasa bersama-sama keseronokkan ini. Aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana menemukan ku dengan MEREKA dan kepada mu jua aku berdoa agar hubungan ini kekal selamanya

.

No comments:

Post a Comment