Sweet Home

Sweet Home

Tuesday, January 4, 2011

Sang khilaf

Kadang-kadang kita merasakan gurauan itu perlu untuk merapatkan hubungan, tapi kadang-kadang gurauan itu boleh mendatangkan kemarahan pada seseorang,
Malahan gurauan itu mampu untuk membawa kearah keretakkan hubunggan dan yang lebih teruk lagi mampu membawa kearah perpecahan,
Gurauan yang aku maksudkan adalah lain tapi yang kamu interpretasikan itu adalah lain,

Cubalah memahami aku, aku tidak mahu merosakkan apa yang kita bina selama ini wahai sahabat,
Aku menghormati keputusan kamu dan janganlah sampai hilang pertalian persahabatan dan persaudaraan,
Mungkin benar apa yang selalu di perkatakan, setiap pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan,
Aku amat percaya pada perkara ini tetapi aku tidak mahu berpisah dengan cara ini,

Mungkin ini adalah kegagalan besar buat aku,
Aku mengangap kamu lebih dari sahabat malah seperti darah daging ku sendiri,
Aku sangat sayangkan kamu,

Andai kata kamu tetap dengan pendirian kamu apalah dayaku untuk menahan,
Jika mahu membenciku, bencilah sepuas hatimu tapi janganlah membenci akan saudara yang lain,
Biarlah masa menentukan, mungkin akan kembali pulih dan mungkin akan pupus untuk selamanya,

Aku mau undurkan diri dan aku menyesali akan kesalahan ku,
Cubalah untuk mengerti manusia mana yang tidak lepas dari kesilapan.
Aku mohon ampun atas kesilapan ku kerana aku juga sang khilaf.

Azim Md. Kasim
5 Januari 2011

No comments:

Post a Comment