Aku isi hujung minggu ini dengan NYA. Kami saling berbicara mengenai politik, dunia, kerjaya dan agama. Kami melawati dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan sepanjang hujung minggu ini.
Masa cepat berlalu, destinasi terakhir kami di tasik biru. Sambil menikmati keindahan tasik, kami ditemani oleh suara kanak-kanak riang dan juga suara merdu karaoke pakcik yang hampir setengah abad.
Suasana di tasik biru cukup untuk mengambarkan senario manusia yang ceria dan seolah-olah tiada masalah. Namun kehidupan di dunia tidak sempurna jika tiada masalah yang timbul. Sebagai manusia bergelar hamba Allah ini perlulah berusaha, berdoa dan bertawakal agar dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. Jadikanlah masalah itu sebagai sesuatu dugaan dan jgn membencinya sebagai kecelakaan.
Ingatlah bahawa masalah itu adalah sesuatu yang perlu kita rasa dengan kemanisan. Ini kerana masalah yang hadir adalah ujian yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana kesetiaan hambanya itu.
Sesunguhnya Allah maha mengertahui apa yang kita tidak ketahui.
Di tasik biru ini jugalah aku di pertemukan dengan sesorang gadis yang senang untuk ku berbicara. Aku mahu mengenali lebih dalam hati budinya. Masa yang begitu cepat berlalu, dan aku masih tidak puas mendengar akan celoteh darinya. Aku berharapa agar aku diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dan berharap agar hari yang mendatang adalah hari ku untuk bersamanya.. :-)
wwaaahhhhhhhhhhhhh...........x lme lgi sy dpt kakak ipar laaaa...best2 ...hahaha
ReplyDelete