Sweet Home

Sweet Home

Monday, January 10, 2011

CINTA

Setiap insan ingin berCINTA dan ingin diCINTAi,
Bagiku CINTA kepada manusia ada pasang surutnya
Adakalanya CINTA itu sangat manis,
Adakalanya CINTA itu sangat pahit,

Aku melihat insan disekelilingku sangat asyik dengan CINTA,
Aku pernah berada ditempat mereka jadi aku tahu apa rasanya,
Aku biarkan mereka berCINTA,
Aku hendak mereka sendiri rasa,
Apa itu CINTA,

Kadang-kadang aku ingin juga mencari CINTA,
Akan tetapi pengalaman CINTA itu mengajar aku erti kesakitan,
Sakitnya terlalu lama,
sakitnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata,
pedihnya sampai sekarang terasa,
Sebab itu aku tidak mampu lagi untuk berCINTA,

CINTA tidak seindah yang kita gambarkan,
CINTA tidak semudah yang kita impikan,
Manusia sentiasa berubah,
Bagiku CINTA ini bukan milik engkau, kamu atau dia,
CINTA ini milik Allah,

PadanNYA sahaja lah tempat aku mengadu,
Allah sahaja yang mampu turuti apa keinginanku,
Aku hanya mampu tersenyum bila orang tanya mana CINTA ku???
Aku ada CINTA,
CINTA aku hanya pada Allah yang satu.

Azim Md. Kasim
10 Januari 2011

No comments:

Post a Comment