Sweet Home

Sweet Home

Wednesday, March 23, 2011

Anak Muda Bangkitlah

Anak muda harapan negara,
Usah diragu kebolehannya,
Usah dicanang permikiranya,
Usah diikat pergerakannya,

Anak muda sekarang anak muda yang berintelektual,
Anak muda sekarang anak muda yang dahagakan perubahan,
Anak muda sekarang anak muda yang jiwanya besar dan hatinya cekal,
Anak muda sekarang pantang dicabar pasti bangkit untuk melawan.

Jangan diikut akan nafsu atau kerakusan orang-orang lama,
Kemewahan yang dikejar lalu alpa akan tanggungjawabnya,
Anak muda hanya mahu melihat dan membiarkan sahaja???
Pasti tergadai maruah agama, bangsa dan negara.

Masanya untuk berubah sudah tiba,
Anak muda sudah muak dengan sandiwara politik semasa,
Keluarkan apa yang ada dalam otak benakmu,
Bangkitlah anak muda dan laungkan suara mu.

Azim Md. Kasim
24 Mac 2011

No comments:

Post a Comment