Sweet Home

Sweet Home

Thursday, December 23, 2010

Perjalanan itu masih jauh..

                     Allhamdulilah bersyukur kepada Allah S.W.T, kini aku sedang menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat consultant di sekitar Shah Alam.. Ini bermakna tinggal beberapa bulan lagi sebelum aku menamatkan title student.. Seronok jika kita habis belajar nie.. Tapi di sebalik keseronokkan itu, ada satu perasaan jauh disudut hati yang membuatkan aku sedih untuk meningalkan zaman begelar pelajar.. Begitu banyak sekali kenangan yang aku peroleh daripada pengalaman aku sebagai seorang pelajar..

                      Aku sangat bersyukur kerana berpeluang belajar.. Macam2 yang aku pelajari ilmu akademik, ilmu pengurusan dan kepimpinan, dan yang paling membuat aku rase sedih bila meningalkan zaman belajar di kampus adalah erti atau nilai sahabat dan kasih sayang..

                     Dekat unisel aku ada sebuah keluarga besar.. Dalam keluarga itu, aku ada 21 adik beradik.. Adik beradik yang mana susah payah kami harungi bersama.,dan pahit manis kami rase bersama.. Banyak kenangan kami rasai dan ini lah antara sebab kenapa saya pangil family.. Keluarga ini yang membuatkan aku betul2 berat meningalkan zaman belajar dan ia akan meninggalkan kesan rindu yang sangat dalam..

                       Sekarang rutin harian aku keluar waktu matahari terbit dan balik waktu matahari terbenam. Ini lah rutin seorang pekerja.. Jenuh beb untuk teruskan rutin sebegini.. Namun apa kan daya banyak lagi yang perlu diterokai dan yang paling penting perjalanan itu masih jauh..

No comments:

Post a Comment