Hormat, Tunduk, Patuh!!!
Di lawan katanya tidak sopan,
Di tegur kurang ajar ujarnya,
Duduk dan lihat sahaja apa yang pakcik dan makcik buat.
Jangan tegur dik, silap-silap disihirnya nanti.. Hehehe..
Dulu waktu aku belajar sejarah,
Pewira negara sama-sama bersatu untuk merdekakan negara,
Melayu, Cina dan India sepakat untuk mempertahankan negara.
Waktu itu kita nampak betapa gahnya MALAYA .
La nie..
Baru aku nak rase nikmat separuh abad merdeka,
macam-macam jadi,
Fitnah sana, korup sini,
Aduhhhhhh carca merba........
Mane pergi landasan perjuangan yang dibina oleh atuk dan moyang kita???
Landasan yang dahulunya teguh kini sudah rapuh..
Dibilangnya landasan sudah usang di mamah usia,
tapi realiti nya besi2 landasan itu telah dicuri dan dijual dibesi buruk.
Untung jual besi nie kawan2,
Kita dapat banyak wang,
wang untuk bayar konco2,
wang untuk mengisi tempolok-tempolok kosong.
wang untuk hidup senang di dunia.. Hahaha..
Tapi aku terkilan,
bila aku bersuara,
ada ja x kena.
Kiri ke, kanan ke sama jew,
Mereka menjeling aku seperti aku mahu jatuhkan mereka,
di sudut hatiku aku inilah sikap orang melayu,
orang yang buta apa erti perjuangan.
Landasan yang dibina oleh nenek dan atuk aku bukan senang kawan,
Bermacam halangan, dugaan dan rintangan yang di harungi,
Tidak akan dapat diganti peluh, wang dan darah mereka.
Tapi napa la nie ia jadi begini??
Disua dengan wang senyaplah semuanya,
Diberi satu jawatan diamlah untuk selamanya,
Tapi itukah perjuangan??
Perjuangan untuk diri sendiri bolehlah..
La nie..
Wanglah segalanya,
Tapi dengan wang kita lupa,
kita lupa pada manusia yang memerlukan,
kita lupa pada tanggungjawab dan peranan,
kita lupa pada negara, bangsa dan AGAMA.
Pernah terfikir apa yang akan jadi pada negara kita?
10 tahun, 20 tahun lagi atau 30 tahun lagi??
mampukah kita tersenyum seperti mana kita pada hari ini??
Sadarlah, kalau kita sayangkan Agama, Bangsa dan Negara.
Kita berubahlah Laa Nieeee..
Retorik Sang Pemburu
Sang Pemburu yang sering tersesat di tengah jalan
Sweet Home
Friday, June 10, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Anak Muda Bangkitlah
Anak muda harapan negara,
Usah diragu kebolehannya,
Usah dicanang permikiranya,
Usah diikat pergerakannya,
Anak muda sekarang anak muda yang berintelektual,
Anak muda sekarang anak muda yang dahagakan perubahan,
Anak muda sekarang anak muda yang jiwanya besar dan hatinya cekal,
Anak muda sekarang pantang dicabar pasti bangkit untuk melawan.
Jangan diikut akan nafsu atau kerakusan orang-orang lama,
Kemewahan yang dikejar lalu alpa akan tanggungjawabnya,
Anak muda hanya mahu melihat dan membiarkan sahaja???
Pasti tergadai maruah agama, bangsa dan negara.
Masanya untuk berubah sudah tiba,
Anak muda sudah muak dengan sandiwara politik semasa,
Keluarkan apa yang ada dalam otak benakmu,
Bangkitlah anak muda dan laungkan suara mu.
Azim Md. Kasim
24 Mac 2011
Sunday, February 27, 2011
Dimana kan ku cari ganti
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku derita
Dan berhati patah
ku gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
membawa derita
kini kau jua
Tak kunjung jelma
Verse 3
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lamanya
Thursday, February 24, 2011
Pada Siapa??
Bile kiter selalu memikirkan seseorang..
Ingatlah bahawa dier adalah orang yang kita sayang..
Jadi fikirkanlah macam mana nak menjaga orang ini..
Selalu memberi keselesaan untuknya..
Selalu memberi kegembiraan untuknya..
Selalu mewarnai hidupnya dengan warna-warna yang terang...
Selalu menghiasi dirinya dengan kata-kata yang meyakinkan dan bersemangat..
Kiter perlu buat yang terbaik untuknya kerana adalah sebuah dosa jika kita tidak dapat melakukan terbaik untuk orang yang kita sayangi..
Dan yang paling penting hargai apa yg pernah hadir dalam hidup ini..
Pabila kita mensia-siakan apa yang pernah diberikan, mustahil untuk kita memiliki sesuatu yang sama seperti yang sebelumnya... :-)
Ingatlah bahawa dier adalah orang yang kita sayang..
Jadi fikirkanlah macam mana nak menjaga orang ini..
Selalu memberi keselesaan untuknya..
Selalu memberi kegembiraan untuknya..
Selalu mewarnai hidupnya dengan warna-warna yang terang...
Selalu menghiasi dirinya dengan kata-kata yang meyakinkan dan bersemangat..
Kiter perlu buat yang terbaik untuknya kerana adalah sebuah dosa jika kita tidak dapat melakukan terbaik untuk orang yang kita sayangi..
Dan yang paling penting hargai apa yg pernah hadir dalam hidup ini..
Pabila kita mensia-siakan apa yang pernah diberikan, mustahil untuk kita memiliki sesuatu yang sama seperti yang sebelumnya... :-)
Sunday, February 20, 2011
2 minggu ag...
Tinggal 2 minggu lagi untuk habis praktikal......
kejap jew rasenyer berada di company nie......
harap-harap dapat A la LI nie.....
Pas nie...
Sambung Master.....
sambung keje.......
giat politik......
mane satu ea........
hehehehe........
kejap jew rasenyer berada di company nie......
harap-harap dapat A la LI nie.....
Pas nie...
Sambung Master.....
sambung keje.......
giat politik......
mane satu ea........
hehehehe........
Thursday, February 3, 2011
Melaka
Hari ini aku datang aku tengok melaka sangat berbeda berbanding sebelum ini.. Sungguh pesat perubahan yang telah dilakukan.. Ini lah yang dimahukan oleh semua orang.. Mereka mahukan perubahan, mereka mahukan kerja, merka mahukan peluang untuk mencari rezeki.. Syabas melaka atas usaha yang telah dilakukan oleh pemimpinnya.. Inilah yang kami hendak.. Bila dah maju jgn lupa akan pendidikan dr peringkat rendah lagi..Jgn biarkan kemajuan merosakkan anak-anak muda.. Bantulah anak muda kita dr segi pembangunan sahsiah nyer.. Pasti negara akan lebih di hormati dan di segani.. Wasalam..
Tuesday, January 25, 2011
Bersatulah
Apa yang di maksudkan ILMU?
Apa yang dimaksudkan UKHWAH?
Kenapa perlu ada perpecahan?
Mana pergi akal dan ilmu kamu?
Adakah semua ini hilang sebab hawa NAFSU?
Atau pun QALBU mu yg telah pun dipenuhi titik-titik hitam?
Bersatulah untuk menjadi bangsa yang bertamadun dan disegani.
Janganlah berpecah dan suka mempecahbelahkan.
Bersatulah jika kamu mahukan perubahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)