Sweet Home

Sweet Home

Friday, June 10, 2011

Laa Nieee...

Hormat, Tunduk, Patuh!!!
Di lawan katanya tidak sopan,
Di tegur kurang ajar ujarnya,
Duduk dan lihat sahaja apa yang pakcik dan makcik buat.
Jangan tegur dik, silap-silap disihirnya nanti.. Hehehe..

Dulu waktu aku belajar sejarah,
Pewira negara sama-sama bersatu untuk merdekakan negara,
Melayu, Cina dan India sepakat untuk mempertahankan negara.
Waktu itu kita nampak betapa gahnya MALAYA .

La nie..
Baru aku nak rase nikmat separuh abad merdeka,
macam-macam jadi,
Fitnah sana, korup sini,
Aduhhhhhh carca merba........

Mane pergi landasan perjuangan yang dibina oleh atuk dan moyang kita???
Landasan yang dahulunya teguh kini sudah rapuh..
Dibilangnya landasan sudah usang di mamah usia,
tapi realiti nya besi2 landasan itu telah dicuri dan dijual dibesi buruk.

Untung jual besi nie kawan2,
Kita dapat banyak wang,
wang untuk bayar konco2,
wang untuk mengisi tempolok-tempolok kosong.
wang untuk hidup senang di dunia.. Hahaha..

Tapi aku terkilan,
bila aku bersuara,
ada ja x kena.

Kiri ke, kanan ke sama jew,
Mereka menjeling aku seperti aku mahu jatuhkan mereka,
di sudut hatiku aku inilah sikap orang melayu,
orang yang buta apa erti perjuangan.

Landasan yang dibina oleh nenek dan atuk aku bukan senang kawan,
Bermacam halangan, dugaan dan rintangan yang di harungi,
Tidak akan dapat diganti peluh, wang dan darah mereka.
Tapi napa la nie ia jadi begini??

Disua dengan wang senyaplah semuanya,
Diberi satu jawatan diamlah untuk selamanya,
Tapi itukah perjuangan??
Perjuangan untuk diri sendiri bolehlah..

La nie..
Wanglah segalanya,
Tapi dengan wang kita lupa,
kita lupa pada manusia yang memerlukan,
kita lupa pada tanggungjawab dan peranan,
kita lupa pada negara, bangsa  dan AGAMA.

Pernah terfikir apa yang akan jadi pada negara kita?
10 tahun, 20 tahun lagi atau 30 tahun lagi??
mampukah kita tersenyum seperti mana kita pada hari ini??
Sadarlah, kalau kita sayangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Kita berubahlah Laa Nieeee..